Khamis, Februari 26, 2009

YANG AKU TAK TAU...

Semalam aku n geng jumpe satu pakcik nih, yang bawak dia pulak anggota koprum le, pakcik ni duk Seremban, dia OKU ( buta ), yang bestnye dia nih sebenarnya nak buat pelaburan kat anggota nih, budak tu buat kolam ikan...banyak gak la hasil dia bulan2 dalam 1 tan tiap2 bulan...ikan keli...jadi lepas sembang2...baru le aku tau yang OKU ni boleh dapat bajet merata...Jab. Tenaga Kerja, Yayasan Orang Buta, Jab. Kebajikan....banyak ler...siap boleh pinjam TEKUN free...takyah bayar ler tu...

yang aku respek pakcik nih dia kata buat pe pinjam 5k / 10 k...rugi...nak pinjam...pinjam banyak terus 100k kata dia, baru senang nak buat kerja....terenti jap aku..."hebat orang tua nih, pandai buat perkiraan yang kengkadang2 geng2 peniaga tak terfikir camtu" bisik hati aku, "selalunya puak2 peniaga ni nak pinjam cukup2 untuk modal jek, tak mintak lebih" tambah hati aku lagi...

so...selepas beberapa instruction dan guidence...aku bg kat budak tu ngan pakcik tu, dia pun nak masuk sebagai anggota koprum, " takpo, pakcik jadi anggoto la, baghu best...ado berpersatuann" kata pakcik tu..."pakcik kene bayar 400 nih kalau nak jadi anggota, untuk syer wajib dan fi masuk" kata aku, "dio tak koba tadi, kalau dak pakcik bawak daghi umah, ado kek ghumah lo duit tu, esok pakcik bagi kek dio yo" selamba je jawab pakcik tu....dah abis semua aku terfikir yang betapa hebatnya pakcik tu, walaupun dia tak nampak tapi dia yakin dengan apa yang kami perbincang dan cadang kat dia sampai sanggup menyertai koprum.

Apa2 pun, baru hari ni aku tau yang diorang ni ( OKU ) boleh dapat apa jugak peruntukan dari mana2 jabatan kerajaan terutamanya dengan kadar yang banyak dan tanpa caj... 


" you are what you eat"

Tiada ulasan: